Thursday, 3 April 2014

Juling Bijik Mata



anak baru tiga tapi contraction pain merasa empat kali

sapa berjaya beranak mesti tau macamana rasa sakit nak beranak. boleh juling bijik mata tau, punya la sakit. nak cakap pun tak boleh cari ayat yang seswai menampakkan kesakitan tu

sekarang aku merasa lagi sakit macam tu

no no no ... kak ton tak pegnen pun


sakit gigi je korang
tapi sakit gigi dah menyamai ranking sakit beranak

aku ingat nak relax je melayan perasaan, buat-buat cool sambil pegang pipi, urut-urut pipi yang halus mulus

pejam mata erat-erat sambil bayangkan diri pakai bikini bintang-bintang kat tepi pantai hawaii sambil tom cruise melambai-lambai tangan dan flying kiss pada aku

10 minit je berjaya berpura-pura ayu. lepas tu rasa nak mengelupur. rupanya bukan dekat hawaii tapi dalam kandang harimau bintang, pat lima ekor harimau bintang dah stand-by depan aku

kepala aku duk pikir, ini ke pengakhiran kehidupan. memang korang, aku pikir boleh bawak mati ke kalau sakit gigi tahap gaban macam ni

sakit gigi sampai nangis tau. 1 jam nangis tahan sakit, mata aku dah macam bijik kelapa sawit. anak-anak duk menyabarkan aku sambil mata diorang tengok running man. ikhlas sangat kan??..

en. suami yang masa tu tengah kapur kasut sekolah anak dengan penuh semangat kasih sayang buatkan air garam tapi tak jalan. kalau macam ni punya sakit, minun air laut 1 tangki pun belum tentu berjaya

semalam ..... dengan hati yang berat, penuh ketidakikhlasan, terpaksa heret kaki ke klinik gigi. tak menjadik rupanya antibiotic yang doktor bagi ahad lepas

terpaksa merelakan gigi digodek dan dijolok doktor. kalau tak ok jugak, kena buat root canal. 2 tahun lepas aku buat rm450, sekarang dah naik rm600. tu tak termasuk check-up lepas tu, lepas seminggu kena datang check balik

double juling bijik mata dibuatnya 


6 comments:

  1. sakit gg memang x tahan sakitnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sakit yang paling hebat lepas beranak. menitik2 peluh

      Delete
  2. Baru nak suruh en suami kak ton datang dekat dan tanya, "Sakit ke sayang? Tarik nafas. Lepas.. tarik.. lepas.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... nanti kak ton terpaksa lempang muka dia

      Delete
  3. amikkkkkkkkkkkk
    aku pun fobia wei ngan doktor gigi nih

    ReplyDelete