Tuesday, 12 March 2013

Another Hamis



terlupa pulak nak bagitau, aku ada lagi satu petua berkaitan hamis yang nak dikongsi bersama


semalam petua hilangkan hamis kambing, sekarang hilangkan hamis orang yang suka makan daging kambing. dalam erti kata lain, bau badan la

lalalalalalala

celupkan kapas dalam cuka, sapu pada ketiak
pastikan kapas tu dibuang lepas guna, jangan korang buat jeruk cili pulak

bila mandi, gosokkan ketiak dengan kepala lutut
kalau gosok dengan kepala sendiri, mungkin agak sukar. kalau degil, silakan cuba

tumbuk lumat pucuk jambu batu, gosokkan pada ketiak sebelum mandi, bilas dengan air bersih
jambu adalah sejenis buah-buahan, jangan cuba tumbuk batu pulak

gaul sebati perahan limau nipis dengan kapur. sapu pada ketiak dan biarkan 15 minit, bilas bersih. buat 3 kali seminggu
kapur yang dimaksudkan adalah kapur makan, yang oppa-oppa suka makan dengan sirih tu. jangan pulak cuba guna kapur barus mahupun kapur kasut



sekian sajalah sembang-sembang anti hamis
semoga ketiak kita semua sesuci embun pagi
halus mulus bak telur rebus


2 comments:

  1. assalam..saya guna kapur utk barut perut dlm pantang.

    ReplyDelete
  2. W'salam. Mmg berkesan petua utk dlm pantang tu

    ReplyDelete