Daging kambing selalunya ada bau yang sangat kuat, kadang-kadang sampai boleh memutuskan napsu yang tengah lapar menggila
Dulu aku pun tak suka kambung
1st time makan daging kambing dekat kedai roti canai mamak. tu pun laki amik sepinggan kecik, dipaksa-paksanya aku makan. Tak suka tau.. kena paksa, sentap anje dibuat begitu
Sejak dari tu, jatuh cinta la aku pada daging kambing
tapi tak de le cinta menggila, sedang-sedang je
kalau ada aku tak tolak...
nak-nak pulak yang berstatus free
:)
menurut kajian Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung sebab ia mempunyai tinggi kualiti protein dengan nisbah kandungan lemak yang sihat
daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral
namun ....
pesakit darah tinggi dinasihatkan untuk tidak mengambilnya
amalan memakan daging kambing adalah salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang gebu dan cantik
oooooooooooooo... gitu ceritanya
ok ok,,, jom kita tengok cara untuk menghilangkan bau hamis daripada daging kambing
kalau daging nak dibakar, lebihkan bahan perapan bersifat asid seperti cuka, perahan jus lemon atau yogurt
jika nak dibuat hidangan berkuah, selepas dihiris daging tersebut, lumurkan daging dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit. Bersihkan daging dan perah limau kasturi atau lemon. Biarkan lagi 30 minit, basuh dan toskan
Boleh juga rebus daging hingga mendidih dan berbuih. Buangkan buih hingga habis dan bolehlah dimasak
sumber gambar : google
sumber info : utusan malaysia
sebelum mengundur diri, ni aku nak tunjukkan.....
daging kambing adalah berasal daripada haiwan yang diberi nama kambing. antara spesis kambing yang terdapat di dunia pula adalah seperti di bawah
chowww
daging kambing masak kurma pon sodap!:)
ReplyDeleteMmg sedap
ReplyDelete