sob sob ..
hati aku masih lagi sedih
masih lagi burung-burung berterbangan di keliling kepala
baling batu dalam air pun masih lagi nampak muka sendiri
kenyataan la tu, bukan cerita mainan mimpi
.......kisahnya......
abah aku pergi la buat check-up dengan specialist di hospital
sebab dia kata selalu rasa sakit kat perut
masukkan kamera dalam perut
keputusannya .... abah aku ada ketumbuhan dalam usus
terus kena admit
masa berita ni, dalam pukul 2 ptg kot waktu malaysia
aku ingat nak la kontrol, tak boleh jugak nampaknya
terpaksa la menangis, sedih sangat2
secara fizikal, abah memang nampak sihat dan kuat
biasa la orang kampung, tak berenti buat kerja
kerja ringan dan barat tak jadi masalah
tak de istilah lepak-lepak goyang kaki kat rumah
sebab tu la rasa terkejut sangat
balik dari office, cepat-cepat basuh baju sekolah, kasut sekolah
packing baju sementara tunggu en. laki
tak payah masak, tak payah pergi mengaji
esok paginya, pergi pasar awal pagi
masak makanan kesukaan abah, dia suka yang simple je
tengahari tu berkonvoi la kami kat hospital sekejap
waktu melawat tengahari kan kejap je
lepas tu lepak kat rumah abang yang jauhnya 20 minit dari hospital
waktu melawat petang ramai la sedara-mara dan kuncu-kuncu datang melawat
ni 1st time abah masuk hospital jadinya ramai yang terkejut
specialist kata kena operate, CT scan pun dah dibuat
lepas dapat berita kena operate tu, abah terus down
memang muka dia lain sangat, no ceria anymore
sedih betul aku tengok abah
dia kata "bila ramai-ramai ni hilang rasa sakit, nanti bila semua dah balik sedih la balik"
muka dia memang nampak tak happy bila sedara mara dah beransur balik petang tu
tanya kami malam ni datang lagi tak?
hospital kerajaan mana bolah melawat waktu malam
esok pagi-pagi aku, adik & kakak dah datang hospital
ingat nak jumpa specialist yang buat rondaan
alhamdulillah, abah dah boleh balik pagi sabtu tapi kena datang semula selasa untuk tengok result dari tisu yang diambil hari khamis lepas dan set tarikh operation
bukan main happy abah, siap buat senaman ringan
habis semua yang lalu lalang kat depan dia dijamunya makanan
polis yang datang melawat pun diajaknya makan
abah ... abah.....
maka, petang sabtu dan ahad pagi dah macam ada open house
ramai la sedara-mara dan kawan abah yang datang
tapi aku tau, dia tengah berdebar tunggu hari selasa
asik tanya jam dan hari je
aku balik semalam pun mata dia berkaca bila aku peluk dia
moga abah kembali sihat macam biasa
amin
Amin
ReplyDeleteTq ciki
ReplyDelete