Thursday 7 March 2013

Inilah Dia, penyanyi didakwa bunuh suami



Bagi yang terlepas berita semalam, sorang isteri yakni penyanyi telah didakwa atas tuduhan membunuh suami dan dibantu oleh 2 orang anak saudaranya

Ni la wajah penyanyi tu, ada kenal?

Suam-suam kuku je glemernye dulu tapi sekarang dah glemer meletop-letop, satu 
Malaysia dah kenal



story and photo : credit to roti kaya


Gempar Malaysia pagi tadi apabila laporan akhbar menyebut yang seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya dalam keadaan terikat sehingga menyebabkan mangsa terbunuh.
Laporan mStar Online terbaru menyebut yang pihak polis telah menahan seorang penyanyi irama Latin yang popular sekitar tahun 1990′an, Nouri Ramli berhubung kematian suaminya dalam insiden itu.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.
“Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh”


No comments:

Post a Comment