Monday 16 December 2013

Castle Cake ... & cerita sedih



amik tisu cepat.... kain pengelap pinggan pun boleh

berat mata memandang, berat lagi aku yang menanggungnya. kisah sedih di jumaat malam tapi rentetan dari jumaat petang

al-kesahnya .......

office organised satu lagi charity activity. kalau hari tu rumah anak yatim melayu, kali ni rumah anak yatim india pulak

petang hari jumaat lepas aku chat la dengan ajk. memula ajk nak beli kek, tup tup tak jadi pulak sebab tak de bajet. kesian le pulak.

aku cakap la...aku try buat tapi jangan la bagitau sesapa. kot tak sempat siap lagi le kesian sebab orang dah mengharap

balik rumah terus keluarkan bahan mentah. kena biar pada suhu bilik baru boleh start buat kek. mencabar nih sebab kek kena sejuk dulu baru boleh hias

aku positip je...
kalau ada rezeki diorang maka ada la kek dari aku. tapi aku harap sangat la dapat buat. anak yatim tuh ...

dah bancuh ... dah panaskan oven ... dah letak dalam loyang. sebelah tangan pegang loyang, sebelah tangan bukak pintu oven

KORANGGGGGGG......... loyang jatuh dari tangan. tak jatuh terlangkup tapi jatuh ponggong dulu. melompat adunan kek aku

uwaaaaa........

3 suku adunan melepek atas lantai dan kat pintu kabinet. tinggal sikit je lagi kat dalam loyang

hukhukhuk,,,, amik loyang lain sebab loyang tu dah bersememeh. dah jadi bantut le istana aku

loyang kecik sikit sure la masak dulu. aku keluarkan loyang bila test kat bahagian tengah dah ok. lagipun secara logik kalau tengah dah masak, tepi pun masak jugak la

bila kek dah sejuk, aku terlangkupkan

KORAAAAANNNGGGGGG....
bahagian tepi tak masak, tengah je yang elok. apa kes banyak beno dugaan ni

nak toyok rasanya


banyak le lagi dugaan yang aku malas nak bagitau. biar le aku yang memendam perasaan 



ini le hasilnya lepas dugaan tu

ketot je keknya

jadikla kot ... ayat penyedap hati. kalau itu je rezeki diorang, apa daya aku nak menolak



tapi dari riak muka, budak-budak tu kagum dengan kek yang aku bawak. mungkin 1st time untuk diorang

jadi aku pun HAPPY.....




kawan-kawan office yang baru join, yang tak tau aktiviti aku pun rasa kek tu ok. sebab muka aku ganas, mungkin diorang tak percaya dengan aku


5 comments: