Tuesday 25 February 2014

KeYWoRD - yang murah



keyword perkataan dalam omputeh, bahasa melayu kita panggil kata carian. apa maknanya?.. bila korang taip perkataan-perkataan kat bawah ni, ada la terselit kisah blog aku. bila korang klik, maka korang dah berada kat sini

betul tak?.... aku rasa lebih kurang gittu la


Ni aku copy keyword kat statistik blog aku kejap tadi. kebanyakannya berkisar pada rumah


nyampah tau.... 
cuba la cari idashazana yang kiut ke atau gadis suci di pinggir kali


yang tak boleh tahan,,,,,blog rumah cantik. 
cantik ke????... nak pengsan aku rasa tau




lantak la... tu aku tak eran. mari kita fokus pada "nak beli toilet bowl murah" tu

aku kan ada buat kerja menaiktarap bilik air. kisah ada kat sini dan sini serta sini lagi

disebabkan aku adalah pembantu kepada kontraktor yakni tukang beli barang, maka aku berada dalam kategori separa pakar. dalam lima kali buat kerja pembaikan rumah, semua barang pun aku yang pergi survey dan beli

diulangi......
aku beli sendiri yek, tanpa suami atau kawan-kawan di sisi. simen dengan batu bata je yang aku tak terlibat

hari tu buat untuk 3 bilik air. jadi aku perlukan 3 biji toilet bowl. tiga-tiga pun adalah rupa yang berbeza

bilik air bawah tu aku pandai-pandai beli sendiri. brand biasa-biasa je. bilik air atas bahagian luar aku amik atas nasihat kontraktor yakni johnson suisse (abaikan ejaan kalau salah)

bilik air master bedroom brand econax tapi jenis besar dan berat, 1 piece seketul. ko bayangkan aku angkut toilet bowl ni guna kereta aku, dengan angah. dah sungguh bangla pada saat tu tau. jangan le terserempak dengan boipren lama, mau dia gelakkan aku


bab kualiti .....

aku puji brand econax tu. tahap rupa dan daya tarik bahan buangan :) adalah superb. tanpa kesan bunyi, tau-tau dah meresap. hahahahahah


bab harga ....

of course la yang seketul tu paling mahal. tapi bila dipikirkan, nyesal semua pun tak amik macam tu. harga adalah sikit lebih tapi puas hati. warna putih dia pun nampak lain dari yang bawah punya .... sebab yang bawah tu yang jenis murah. kontraktor pun ada kata, yang murah cepat kuning, warna putih tu hanya khayalan sementara


jadi.... tepuk dada tanya selera dan kemampuan. kalau ada bajet lebih, aku cadangkan econax tu. nampak lebih mantop. boleh berry sambil nyanyi-nyanyi dangdut




3 comments:

  1. selamat pagi
    singah blog awk dulu
    hehe

    ReplyDelete
  2. mcmana nk tgok statistik keyword search blog ni?
    xreti buat pn...

    ReplyDelete
  3. tengok kat statistik. akak selalu tgk dlm nuffnang

    ReplyDelete