Monday 17 February 2014

SiMPLe VaNiLLa CuPCaKeS



apa perasaan korang semua di pagi isnin ni??? 
lemau ke?

lemau tau lemau kehidupan kena la teruskan. yang kerja kena la buat kerja, yang surirumah boleh kot nak golek-golek kejap lepas anak pergi sekolah

aku pun rasa nak golek tapi takut kena gelek pulak dengan boss. mari le kita berpura-pura senyum walaupun dalam hati penuh kelukaan

kita kan lady diana ... membakar diri untuk kebahagiaan orang lain. princess kan??


jom kita segarkan mata dengan cupcake yang senang ni. basic cupcake yang aku olah lepas cuba banyak resepi

kan pemalas... jadi kena la buat something yang basic. yang penting hari ni angah bawak sebekas pergi sekolah, aku pun bawa sebekas ke opis




Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu soda
campur semua bahan yang ayak

Bahan B
1 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan butter yang dicairkan - minyak sayur pun bole
1/2 cawan susu pekat manis

3/4 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan air panas


Campurkan bahan A, gaul sebati. Guna senduk kayu je dah ok. Tambahkan esen vanilla, gaul lagi

tambah pulak sikit-sikit bahan B. Kaup balik hinggan sebati. Tambah air panas. Gaul lagi

boleh tambah choc chip macam aku, nak bogel je pun ok

Bakar 20 minit, 170 darjah. anak-anak suka versi hampir hangus, jadi aku lebihkan sikit waktu masak




kan aku cakap simple, kejap je dah siap

sementara lipat kain, dah siap satu tray cupcake



9 comments:

  1. mau tidaknya lemau pagi senin ni, Ida..pasal Kuching hujan..rasa malas je nak bangun..kihkihkih..

    ReplyDelete
  2. kak kalo kukus xleh ke? hahaha.umah kite xde oven la..

    ReplyDelete
  3. ganti dgn kismis pon boleh kn kak? mm bleh try ni
    terima kasih

    ReplyDelete
  4. anies .... bole rasanya. try la letak separuh kismis, separuh choc chip

    ReplyDelete
  5. eellee : lepas try jgn lupa bg komen ye

    ReplyDelete