Friday, 31 May 2013

Plan Lintang Pukang



Tengok pada keadaan, perkataan paling tepat untuk keadaan rumah sekarang ni adalah tak de planning langsung. Bukan hanya lintang pukang malah tersasar jauh dari yang dijangka.

Bila en. suami tengok keadaan bilik air tingkat bawah yang aku upgradekan sikit, dia cadangkan untuk ubah 2 bilik air kat tingkat atas sekali.

homakaih ...

konon alang-alang rumah berhabuk, nanti tak yah nak berhabuk lagi

logik alasan itu????

untuk semua kerja tu menyebabkan aku tak basuh baju dekat seminggu

ni longgokkan baju kotor kat atas, 3 bekas. lagi 1 bekas aku sorok kat tepi pintu stor bawah tangga, lagi 1 bekas kat dalam stor dapur, 2 lagi kat dapur. hebat betul

longgok bajo kotor berjemaah dengan barang dalam bilik air yang kontraktor dah campak keluar



keadaan sungguh haru biru hokey

korek idong keluar serpihan simen je, tak de hasil lain dah

bilik air luar yang dah bogel
naikkan dinding 7 inci
semua bilik air takkan ada sinki




memula cadangan aku cuma nak tukar tile dapur yang sangat tak produktif. tiap kali mop akan ada kesan tapak kaki hitam plus minyak tak hilang

itu saja ..... bajet untuk kerja ni pun alakadariah je

plan tiba-tiba naik pada tingkap pulak. tingkap nako yang ala-ala zaman purba. sebab dah uzur, besi tepi dia dah keras. nak tutup kena manual guna tangan. kalau tangan sakit, sila la cuba guna kaki. jadinya tingkap tukar ke sliding pulak

lepas tu nak nampak hebat kononnya mintak kontraktor letak glass mosaic.




ini la yang dipanggil glass mosaic ye tuan puan sekalian. motip letak, konon mata orang boleh tertumpu pada glass mosaic di kala dapur berstatus tongkang pecah.

this one i like very much
match la dengan kabinet merah ku
kononnnnnnnn
lampu dapur pun tukar sekali

eh eh ... apa kelas dapur je touch-up
bilik air yang kat sebelah apa cer?
ok ok la ... kita touch up jugak dapur

untuk bilik air, semua isi pun tukar
tingkap, tile lantai dan dinding, mangkok jamban, sinki
totally make over

dan bilik air ni la sebab utama kerja-kerja merebak ke tingkat atas. bukan je buat bilik air baru, mintak jugak kontraktor buat kerja-kerja water proofing sebab nampak kesan air bocor kat tingkat bawah. jadi semua lantai bilik air dia korek, kasi check ada yang bocor atau tak.

kos water proofing ni agak fengsan dan berbuih mulut

lepas tu mintak dia check sekali kesan air kat dinding atas. nampaknya dia kena naik bumbung plak, jadi spiderman.

dan akhirnya ...... cat dinding kat tingkat bawah pulak. hall & dining area

seeeeeeee....
how the things jadik panjang berjela

dari 4 hari punya kerja membawak pada at least 2 minggu setengah, kalau tak de apa-apa komplikasi.

dan semalam en. suami komplen sebab rumah berabok.

waddehampeh
hari tu bukan main lagi cakap yek... alang2 habuk biar habuk sekaligus, sekarang itu cerita sudah tukar ye





kesimpulan ....
4 tahun ikat perut

 sapa ada contact person sapa2 yang jual maggi secara borong, sila pm


ok lah ... aku berundur dulu, bersama airmata yang berlinangan di pipi dan jugak dari hidung


Thursday, 30 May 2013

Mini Cream Puff + Choc



bila aku tengok cream puff di saat perut lapar, rasanya nak je berlari-lari ke dapur dan buat satu adunan untuk diri sendiri santap kat depan tivi

tapi apalah dayaku, diri tak rajin walaupun perut berdondang sayang dan berghazal

biar la ... 
dondang sayang pun dondang sayang la




6 kotak choc 6 cavity
2 kotak choc 2 cavitiy
1 kotak mini cream puff


Wednesday, 29 May 2013

Update pasal Abah



Pada yang tak berapa tau, abah di kampung tu tak de la berapa sihat sangat. tapi susah jugak nak cakap, fizikal nampak ok dan tenang, tak de la terbaring. aktiviti dia macam biasa je. masih pergi pekan, masih menyapu kat luar rumah, masih menebas apa yang patut
  

cerita beliau ada di sini, lagi di sini, dan di sini lagi

semalam ada appointment kat hospital,... ambil result dan untuk bincang tindakan susulan

appointment pukul 2pm.
jarak hospital dengan rumah dalam 40 minit perjalanan naik kereta bertayar empat, kalau kereta sorong mungkin 2 hari.

tunggu punya tunggu sampai 3.30pm nama belum dipanggil. ok la tu, biasa la hospital kerajaan. no objection dan memberontak


bila dah jumpa doktor,,, korang tau apa jadik??????
report sudah hilang, report tak de

apa niiiiii??????
sungguh sukar untuk diterima akal pikiran

hello my dear,,,,
abah aku bukan sakit jari kena selumbar ok,
bukan sakit perut sebab salah makan 

dengan selamba jawapan itu dibagi 
dush sekali baru tau
dan ini bukan first time hokei

hari tu suruh datang tapi result tak keluar
kena datang lagi

abah aku bukan pandai bawak kereta
takkan dia nak datang naik beskal atapun motor
takkan nak turun naik bas

makanya kena la anak dok bawakkan
anak kena la cuti
kalau gini je kekdahnya selalu, boleh naik hangin jugak

dah le sebijik pun ubat korang tak bagi
kesian la dengan abah aku, sungguh aku tak mampu alasan ini

diorang kata akan try cari kat lab, apa-apa nanti diorang call kemudian.
hamboi..... kalau tak jumpa kat lab, apa ikhtiar korang???


sampai hati korang buat kat abah aku macam ni


Tuesday, 28 May 2013

Testimoni



Banyak betul produk terbaru di pasaran sekarang ni. Rambang mata dibuatnya, nak buat keputusan pun susah. 

Disebabkan lambakan tersebut, perasaan was-was pun ada. 
Mana taknya, testimoni bukan main hebat. Gambar sebelum dan selepas bukan main hebat perbezaannya

tak kira la untuk apa masalah... 
produk langsing, hilangkan jerawat, masalah rumahtangga, membesarkan barang, dan macam-macam penyakit lain. 

tak mau kalah jugak adalah produk memutihkan muka. 

itu pun ada?... 
yang ni paling hebat tahap was-was aku. 
ada betui ka????... 

apa kes muka berkarat macam vontot kuali pun mampu putih?

agaknya jiran india aku ni kalau pakai boleh berkesan tak?
kalau boleh, nak jugak hadiahkan sebotol pada dia


cakap pasal testimoni, 
yang bini umur 65 tahun & suami umur 32 tahun pun ada testimoni. hebat giler produk tu yek


di bawah adalah testimoni hebat untuk produk terkini, baru 2 minggu di pasaran tapi jumlah pengguna dah menjangkau 15 juta




produk diberi nama "kak ton in de house"

idea kak ton datang bila seminggu guna produk ni semua bulu berlebihan kat muka kak ton gugur dengan sendirinya. gigi yang besar 2 ibu jari pun mengecil dengan sendirinya

ni all in one
kalau kendur, dia mampu tegangkan
kalau kecut, boleh kembang

pandai je produk ni baca masalah anda


Monday, 27 May 2013

Barangnya Hitam



Minggu lepas aku perasan ramai yang cakap pasal ketiak hitam si tutttt. 

nama adalah dirahsiakan, simpan dalam peti besi... 
kunci rapat-rapat. sapa nak tau, bagi aku dua ratus.

yang jadi isunya adalah kerna ketiaknya hitam dan si gadis memakai sleeveless. tak perasan pulak sleeveless dia warna apa tapi yang pasti orang cakap ketiaknya berwarna

contoh macam kat bawah ni la... 
muka dah aku mosaickan




ototototot... 
apa ada hal dengan warna ketiak dia, biar la 

cantik jugak bila ada something different pada diri kita
extra-ordinary sikit


tiba-tiba rasa sikit sentap
korang ni memang tau ... pilih kasih, yang glemer dan cantik je yang korang pandang

artis punya ketiak hitam korang bising, ketiak aku yang warna dark purple nih tak de sapa nak amik tau




Sekotak CC untuk Cikgu



Surprise dari anak murid untuk cikgu

CC dihantar dengan kereta viva putih ke Kota Kemuning, Shah Alam

so sweet ... 
bertuah both cikgu dan anak murid










red velvet + cream cheese frosting



Saturday, 25 May 2013

Gadis Serba Boleh



Ganas tak posisi?
hilang segala keayuan yang sering aku pertahankan 

Gini le keadaan kalau paparazi menjalankan tugas, tak kira keadaan dan masa




untuk menjawab segala tomahan dan penghinaan para peminat dan wartawan, meh tuan tanah nak menjelaskan situasi

nak jawab "no comment", nanti para peminat kata niru siti nurhaliza ataupun erra fazira plak




sementara pekerja wong mensetelkan kerja-kerja touch-up dinding luar, aku pun berusaha meringankan beban kerja dia 

aku capai ambil penyapu panjang & berniat murni untuk menyapu sawang dan kotoran tepi lampu 

mana nak tau usaha murni itu berakhir dengan gambarku diabadikan dek paparazi

watch out yek paparazi.....


anda perasan isi kandung entry tak de kena mengena dengan tajuk?....

maknanya aku la yang serba boleh,,,, 
lipat kain, basuh 2 biji kereta, mop lantai, sapu lantai luar, masak di pagi yang hening dan sekarang menolong kontraktor

dah tak ramai gadis sebegini di dunia ini
ahakkkkkk.... 
jangan jeles




Kami & Habuk, day 2



Mandor akan publishkan cerpen bila keadaan kembali normal



Monday, 20 May 2013

PtPtN



Huhu... cepatnya Monday
Baru je rasanya dengar khutbah Jumaat 

Tapi tak de istilah Monday blues, pagi-pagi kena double confirm satu menda penting dengan assistant aku, tak boleh miss. Ni melibatkan department, kepentingan haruslah dijaga. Kalau boleh kesalahan perlu dielakkan, lagi-lagi silly mistake

Korang ada amik PTPTN tak waktu belajar dulu?


Dulu aku rasa tak de femes sangat lagi, sekarang jangan cerita. Masuk je U mesti apply 

Tapi aku terpikir,,,,, keperluan atau kehendak?


ni nak cerita satu cerita sedih 

dulu aku tak de amik ptptn tau

kenapa sedih?????
sebab di waktu kawan-kawan kaya dengan duit, aku adalah kedana. bukan main hebat diorang shopping. levis la, baju cantik-cantik. dapat duit terus outing bandar melaka

kenapa aku tak amik????
sebab abah aku akka en. omar baki kata tak yah. dia kata dia rasa mampu support aku. lagipun lepas kerja tak yah la bayar hutang. aku ok je, tak de pun membantah. tak tau kenapa aku tak memberontak bila dia kata macam tu

ooooo... baru teringat, aku adalah anak yang soleh
:)

bila teringat pasal beban hutang dan kos pelajaran yang makin tinggi di masa depan, aku ambil kesempatan dengan menabung untuk anak-anak




3 stooges punya akaun

aku akan pastikan duit tabungan diorang + duit raya diselitkan kat ptptn. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. harap-harap bukit tu nanti akan tukar jadi gunung

yang penting... dapat pelepasan cukai

oh cukai .... sebab kedua kenapa aku bukak ptptn. masa diorang kecik aku letak duit tu dalam maybank & public mutual


dan sekarang aku rasa gumbira
kalau tak kerna abah yang tak kasik aku amik ptptn,,, mungkin hidup aku dihimpit hutang. walaupun sikit, hutang tetap hutang

aku tengok ramai kawan yang terbeban, kerja tak de tapi hutang dah menunggu

syukur, alhamdulillah
terima kasih abah


untuk kawan-kawan, kalau rasa tak perlu maka tak payah la ada PTPTN. kalau betul-betul tak berkemampuan, memang la ia jawapannya

ramai yang berkereta ke U tapi masih nak ambil. sah-sah mampu, kalau tak takkan mampu ada kereta

kita sendiri tau samada ia keperluan atau kehendak

sekian, ceramah kenali diri dari saya
llalalalalalla


Sunday, 19 May 2013

Menu Tambahan ... Tempe Goreng



Menu kesian + murahan 

tapi anak-anak suka tempe goreng
konon nak buat untuk makan tengahari tapi dah licin. aku dok concentrate depan kuali, belakang tiga orang duk kerumun 

aiseh... baru je ibu nak bermain dengan ilusi
konon nak nampak makan penuh atas meja makan walaupun makanan adalah sodih dan kampung





lepas goreng tempe yang diletak sikit serbuk kunyit dan garam, cepat-cepat tumbuk seulas bawang, sebiji cili padi paling kecil. gelekkan sikit gula dalam batu penumbuk tu. masuk dalam mangkuk, tambah kicap

siap je pencicah kicap .... peminat pun datang berduyun-duyun. 
over kan???... 3 orang je pun peminatnya





sempat larikan semangkuk kecik ... 
larian berkadar 100 km/sejam


Friday, 17 May 2013

Sama dan Serupa




Special untuk Nina Diana



Baby rasa terkejut plus bangga plus riak

kwang kwang kwang
si dia baca blog baby

siapa dia???.....
dia adalah puan nina diana
sila baca betul-betul, dia adalah puan bukan cik
dalam erti kata lain, bukan la anak dara
sudah berpunya, no more available





kepada anda,,,
terima kasih kerna sudi datang melawat

selamat baby,,,,
nasib la baby tak pernah ngutuk anda

untuk itu, baby hadiahkan sekuntum bunga
bunga agak berat, sila deal dengan forklift driver untuk proses pengangkutan



Thursday, 16 May 2013

What else but tiramisu



I is mencari kekuatan... 

di balik langsir tak de, tepi kerusi makan tak de, bawah kabinet tivi pun tak de

ooooo... baru teringat, aaron aziz bawak balik s'pore. dia kata minggu depan baru nak pulangkan


untuk itu ... saksikan mak tiramisu dan anak tiramisu






aiseh... penutup senget sebelah


Wednesday, 15 May 2013

Sapa Mau Beli????



Kejap tadi jalan-jalan merewang-rewang tanpa arah tujuan dan pedoman kat Mudah.

U know apa baby nampak???

Betoi ka ni???


Ada orang advertise ni tau

Ia adalah batu pelapik peti ais
alaaa... yang warna hijau
zaman dulu selalu guna, letak kat kaki peti ais untuk elak lantai kena shock lektrik





sungguh hebat zaman IT

pada sapa-sapa yang berminat, harga adalah RM60 untuk 4 bijik

nak pos, tambah RM20

betul ka RM20 je???

ini adalah batu,,,
mungkin boleh menjangkau RM50 tau

untuk langkah keselamatan, bole la letak seratus engget untuk koleksi batu pelapik peti ais


pada yang berminat, sila bertindak segera sebelum kehabisan



baby nak jugak tapi too bad, cuma ada 4 biji
baby nak namblas bijik


Red Velvet Cake



Nama : Red Velvet

Icing : Cream Cheese

Berat : 1kg

Lokasi : atas tudung saji







pada yang tertanya-tanya kenapa red velvet itu tidak berwarna merah ......

kerna warna dah turun ke tudung saji itu



Tuesday, 14 May 2013

Mandi Manda



Tak kuasa la aku nak berendam dalam kolam dengan cuaca  yang menggugat jiwa ni

Ni sebab dek en. laki la. Sibuk je nak bawak anak pegi mandi, macam le tak pernah pegi

Lokasi kat Gold Course Banting nun


Budak-budak ni kalau bab berendam tak de masalah langsung. Ko letak la diorang 2 hari pun kat sini, masih tetap nak terjun, golek terlentang





ni namanya proses menghitamkan kulit yang putih bak telur direbus tu. sampai rumah bukan main rentung semua orang. aku ingat arang berjalan .... rupanya anak-anak sendiri. 

ooohhhhh.. sorry la wahai anak





cewah cewah ... ingat kat hawaii?





lantak la korang

main la puas-puas. 
ibu nak baca malajah Anjung Seri ni

wahai anak-anak, kalau barang dah kecut nanti, sila la naik atas. ibu menanti dengan hati terbuka





sebenornya .... aku tak mandi bukan sebab takut panas tapi sebab bikini dah tak muat


Monday, 13 May 2013

CC for Mother's Day



Sekotak cupcake tema barang-barang dapur 

Berakar la jugak vontot kat celah dapur untuk siapkan segala sudu, teko, cawan, mug, pinggan, kuali, mangkuk mixer dan jugak mixer

dan untuk soalan entry sebelum ni,,,,, ia adalah mixer. 

tak de pemenang, jadi tiket ke Sydney tu terpaksa dipulangkan semula pada MAS

sebenarnya bukan tak de pemenang,,,,
tak de sapa jawab pun, sentap baby tauu

aku ingat korang semua akan berduyun-duyun komen, lepas tu ajak kawan-kawan lain komen sekali.
mungkin masa tu pakar IT terpaksa bekerja keras untuk coolkan traffic

rupanya ia adalah khalayan semata-mata


tak de rezeki sesiapa





ada rupa barang dapur ke?
paling aku suka adalah teko, sungguh kiut pada pandangan mata sendirik





nah .... untuk ibu dihadiahkan sejambak bunga




mixer berdiri dengan megahnya
baru perasan, button mixer tersorok
hanya mampu snap sekeping je sebelum bateri kong




lalalalalala..... tuan tanah kata kiut

eh eh ... aku cover kekiutan aku pun dia boleh perasan

oooooooooooo.... dia cakap pasal cupcake, bukan aku
redho je la