Wednesday, 28 August 2013

Birthday Saya



Hari jadi aku jatuh pada hari raya keempat hari tu. Ini bermakna hari jadi suami pulak hari raya ketiga. Ini juga bermakna dia tak de alasan untuk lupa hari jadi aku. Kalau lupa jugak, ini boleh menyebabkan aku sentap

Kebetulan tengahari tu pak sedara & family yang duduk kat Cheras datang beraya. Tiap-tiap tahun diorang datang dan lepak kat resort tak jauh dari rumah. Dah banyak kali cakap tak payah membazir, tidur je rumah kitorang . Tak didengonya cakap kami ni. Diorang datang nak beraya tapi anak-anak dan menantu lelaki diorang lebih ke arah memancing kat sungai tepi resort tu. Kalau tido rumah orang tak selesa katanya keluar masuk memalam

ok la ayah chik & makcik.... kami terima alasan tu

dah siap makan tengahari diorang check-in. entah macamana boleh terkeluar cerita pasal hari tu hari jadi aku. lupa plak aku, mungkin jugak dari mulut sendiri
:)

sedap je mulut cakap malam ni datang kena pakai cantik-cantik sebab ada party walaupun aku tau tak de sapa nak buat. syok sendiri la tuuuuuuu

sebelum maghrib boleh plak makcik call tanya party start pukul berapa. ish isk....tak de party la wahai makcik. aku melawak je. tapi entah kenapa hati berat mengatakan ada surprise untuk aku. ni double syok sendiri

haaaaaa....siap pakai baju cantek la. senang sikit nak bergambar
busuk tak perangai?????



last last ..........

taraaaaaaaaaaaa....

ayah chik sekeluarga datang dengan sebiji kek & makanan-makanan lain
ala....malu baby tau
buat baby terkesima je
tak sia-sia pakai baju cantek




birthday girl dengan tukang sponsor kek

ayah chik memang sporting sekarang ni walaupun tak boleh cakap
actually, ayah chik dulu ada kanser tiroid, peti suara yang bermasalah dah dibuang
jadi suara tak boleh dengar la

ingat lagi ayah chik masuk hukm waktu aku dekat-dekat nak kawin. ngeri sungguh bila tengok kesan operation kat leher dia

aku rasa ayah chik sayang dengan aku
aku rasa je laaa.....
tapi aku rasa macam confirm je
dia pandang aku dengan kasih sayang
:)

pada anak-anak dia yang selalu stalk blog aku, sila komen sikit



kek perisa blueberry



mari posing ramai-ramai

memula aku nak posing sorang-sorang je
tiba-tiba rasa ada bunyi lalat berkerumun kat belakang
cheh....penuh manusia rupanya
tak boleh tengok orang senang



peluk tangan ayah chik....
tiba-tiba lalat datang sini jugak




aiseh.... di sini jugak lalats datang
tak de kedamaian di hari jadi
di manakah privacy diri sendiri???....



last-last sesi fotografi

tudung dah tak keruan... macam baru balik dari larian dikejar anjing

tengok di kejauhan itu ...
di waktu sang perempuan riuh rendah kat dalam rumah, sang lelaki termenung kesepian. malas nak layan la tuuuuu.
dalam hati mesti bengang, "bila nak habis bergambar woi perempuan, ikan kat sungai tu dah wechat"

dasar tak hormat I yang diraikan ni

happening sungguh....
touching i tau, nasib tak nangis. airmata kat ujung-ujung bijik mata je. tak boleh jadi, kena kontrol ni. i kan insan berhati waja

anyway ........tq to everybody

luv u olls


3 comments: