Thursday, 29 August 2013

Tengah Buat Ni



ada tak aku mention yang aku suka buat kerja tangan. walaupun kadang-kadang hasil kerja tangan tu mengalahkan hasil kerja kaki, aku tetap gumbira

untuk makluman, aku dalam proses untuk tukar kotak kasut dalam bentuk yang lebih cantik

kaki ada 10 jadi banyak la kotak kasut yang terhasil

ada yang aku letak mainan lego bebudak, alatulis, ubat-ubatan dan kerusi lipat.

kerusi lipat????.... hehehe, memain je. kalau kerusi lipat aku boleh sumbat dalam kotak kasut, aku mungkin join david copperfield

sapa tau apa david copperfield buat sekarang???.. senyap je dia. dah tak de buat magic ke?




idea datang sebelum jumpa blog ni lagi. kiranya sama hebat la aku dengan dia sebab berjaya memikirkan benda yang sama. otak omputeh rupanya aku

tadi terpandang, betapa kreatifnya dia. banyak projek DIY yang boleh ditry

baby like banyak kali, sampai kontot jari like banyak sangat

sama-sama la kita tengok macamana dia buat




kotak kasut



balut kotak dengan kertas pembalut hadiah

balut dengan erat yek expecially kat bucu-bucu kotak



taradidadidaaaaa....

dah siap renovate



hias la dengan butang yang cantik dan fancy




hebat tak ia di situ???

aku punya sila nantikan kemunculannya minggu depan



2 comments:

  1. pergh cantiknye. kotak kasut boleh nampak macam kotak mahal. gud idea.


    Entri Baru Update Tadi: Jualan Merdeka 50% The Body Shop

    ReplyDelete
  2. dari membazir elok guna semula

    ReplyDelete