Saturday, 24 August 2013

Perubahan



tragedi pecah rumah subuh isnin hari tu bukan main banyak bagi perubahan, ekspecially laki aku

memang dari dulu dia ni ada ciri-ciri safety officer. kadang-kadang dia bangun di waktu malam untuk check samada aku ada terlupa tutup api dapur

belajar dari pengalaman la tu.....

sebab aku pernah lupa tutup api waktu panaskan kuah tomyam. sikit lagi nak meletop periuk. periuk besar nok... bukan periuk besar tapak tangan. jadi boleh ko bayangkan berapa jam aku alpa. bila dia tanya aku start buat muka pelik yang tak berjaya tipu dia. haaaa....pandai je tangkap salah aku

kuali goreng ikan pun pernah terima nasib yang sama. jadiiiiiikkk, fair & square. bukan aku saja nak kenakan periuk tomyam itu


tapi kadang-kadang aku rasa sungguh la rimas dengan dia.



sekarang dia paksa aku letak grill kat bahagian dalam dapur tingkap. kat luar dah welding, sekarang kat dalam pulak. Nak wangikan hati aku .... dia kata "pilih la corak grill yang cantik". ok, aku menurut je walaupun aku tau kerja carik quotation dan tukang buat grill tu bakal jadi tugas aku

semalam dia tanya ... "bila wong boleh pasang???"
kan i dah cakap

tombol pintu depan dan master bedroom dah ditukar baru. pintu dapur dan pintu master bedroom pulak ada additional ensel.


bila pergi kerja, dia akan lock master bedroom dari dalam which aku tak pasti apa rationalnya. ok, aku ikut je tanpa kata ek? ataupun ik?

tapi aku pasti ... untuk kitorang sefamily jugak

tiap kali aku masak mesti dia datang dapur .... sambil komen pasal banyak benda. oleh kerna ia adalah ayat yang sama, aku tak berani kata apa-apa.

sebab aku takut nanti aku ngamuk dan mendurhaka pada suami. ulang ayat yang sama je

aku ni cepat naik angin ... darah dinosour agaknya aku ni. memvavi buta je rasa tak puas hati


walau apa pun ...
semoga Allah lindungi kami sekeluarga dari segala musibah. mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku

pada stalker yang terdiri daripada .........., jangan cakap padan muka tau. tak baik you


No comments:

Post a Comment