Friday, 2 August 2013

Nostalgia Cerita Raya



Sapa tak seronok bila tiba hari raya??... sila angkat kaki tangan sekaligus

eh,,, tak jugak, pada yang tak mampu, tak ada .. apa la sangat raya bagi diorang. janji lepas makan hari-hari cukup la. aku bila sampai bab macam ni memang touching giler. sebab tu aku suka join kalau ada aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan insan tak bernasib baik, boleh menaikkan keinsafan diri. anak-anak pun aku galakkan sekali supaya diorang tahu ada yang tak bertuah macam diorang.

sob sob sob .... i is sentitip nih

semoga diorang beroleh kesenangan, kemuliaan dan keberkatan Illahi


ok ok.... back to happy mood nak raya ni

macam kebiasaan, raya pertama kat Melaka dulu. bab turn raya ni aku pelik sikit, aku tak memberontak pun tiap kali kena raya kat sana. aku terima je dengan redhonya

sebab ... raya pertama meriah, raya kedua dan seterusnya dah tak macam raya. kat rumah mak aku pulak raya kedua dan seterusnya yang bukan main ramai sedara-mara datang. collection kat Melaka pun meriah :)

seingat aku dah patblas tahun kawin, baru tiga kali ada kat Perak hari raya pertama. seronok jugak, bab bermaapan tu touching sungguh. guling-guling nangis... lepas 10 minit start balik ngata orang



mereka, tahun 2007



 kami, tahun 2008



2009, kat Perak
suci pulak wajah dapat beraya dengan mak abah


dah tua-tua ni tak de le terkinja-kinja sangat rupa nak beraya walaupun dalam hati terlompat seronok. kontrol macho je, malas nak menunjuk-nunjuk

masa budak-budak dulu, bila dah dekat nak raya kena la cari ranting kayu. paling ngam adalah ranting pokok bunga kertas sebab banyak cabang. cat dengan warna putih (english style le konon). bila cat dah kering, gantung le segala kad raya yang dapat. kalau agak-agak kurang, carik balik kad raya tahun2 lepas. gaya kena lebih walaupun ia adalah palsu dan atas dasar menunjuk-nunjuk

bab kasut raya jangan cakap le. sampai naik haus la tumit kasut, kesah duk melaram depan cermin je kerjanya. masuk bilik, kunci pintu, cat-walk. tak sabar betul nak tunggu pagi raya

baju raya tak sempat nak melaram awal-awal, biasanya pagi raya atau paling hebat pun malam raya baru siap. tukang jahit jiran tetangga, suka sangat lambatkan baju kitorang. mencik tau... tak sempat buat rehearsal full set

dulu masa kecik hidup cukup-cukup makan je, adik-beradik ada 9 orang. tapi mak mana yang tak nak tengok anak cantik di pagi raya. dah jadi kemestian, mak mesti beli rantai tipu kat pekan. kitorang panggil rantai neka. ala,,,,, pakai seminggu warna emas dah hilang, tinggal warna hitam je. gitu le kasih mak, bila ingat pasal rantai ni memang le nak menjerit nangis

biskut semperit, biskut nescafe, biskut rito mesti raya. resepi turun menurun tau, sukatan guna cawan warna coklat tu... sampai sekarang pun mak buat. caya la mak, kalah chef wan

abang-abang punya kerja cari buluh, cari tin kosong untuk buat panjut. panjut tu macam pelita la.... buluh tu potong dalam 2-3 ruas, lubangkan untuk masukkan sumbu, sumbat keliling sumbu dengan tanah basah. berderet le keliling rumah dengan panjut 

malam panjut yakni tujuh likur kira hari berglemer le. masa tu jalan raya besar pun tutup. ada pertandingan beb.. memang pesta giler. masa ni la pakwe nak keluar dengan makwe,,,dating2 di bulan puasa. ko bayangkan betapa ramai manusia sampai jalan pun tak de kereta. tapi aku baik, tetap jalan dengan mak masa panjut, paling haprak pun dengan kawan kelas


sekarang...... semuanya tinggal kenangan

tak de buluh, tak de rantai neka 

No comments:

Post a Comment