Friday 9 November 2012

Futsal ....



Ni aktiviti Sports Club opis aku, futsal kat dewan yang tak berapa nak jauh pun dari opis

Lepas habis kerja pukul 5, berlari-lari anak le bebudak opis ke dewan ni tapi aku balik rumah
dulu, ambil anak-anak itik
aku memang dah set dalam kepala, tak berapa suka anak-anak duk lebih masa kat nursery
biar le aku susah sikit, ulang-alik ambil diorang
lagipun babysitter/nursery pn nak rehat jugak

Disebabkan group aku ni baju merah, maka anak-anak pun aku pakaikan warna merah



amacam ????.. gerun tak dengan group aku?



strategi disusun hebat, kemenangan pasti dalam genggaman



pusingan pertama adalah sesi sepak penalti ,,, tukar-tukar group




pernah tengok black magic????
tu, pompuan yang kat belakang pakai tudung beige tu tengah buat
tidur sambil berdiri dan tendang bola
hebat sungguh ... kalah zainal abidin hassan
mesti dia gerun dengan kehebatan aku




dah puas tidur, jadi penjaga gol pulak
banyak tendangan yang aku berjaya tepis,,, tak sangka sungguh




main pulak, kali ni banyak tendangan aku yang penjaga gol lawan berjaya tepis
hish ... mencik tau

aku kan kidal, jadi diorang asik dapat tau mana bola aku nak pergi
adakah diorang jugak pengamal black magic ??? kena siasat nih




cak ... ahli kumpulan yang gembira dengan 100 Plus free




semua ahli ...
bulu pom pom tu aku yang buat tau...
gigih la aku membuatnya, macam dah tak de kerja lain




gaya seorang celebrity




acara lawan bola, group aku banyak pompuan
tak aci tau




potong stim, aku terpelecok pada babak akhir
bila tonggak sudah down, maka kalah la group aku

hihihih... iwan yang sedang menemuramah pemain yang cedera
susah hati betul dia dengan kecederaan tu




pemain dipapah oleh pasukan lawan
sakit tau ... siap kena berpaut pada jaring

dan hasilnya ... 4 hari aku mc
balik pun kawan yang hantar
sorang bawak keta aku, sorang lagi follow untuk collect pulak kawan yang drive kete aku

sampai je rumah, kaki dah macam untuk
cepat betul bengkak

syahdu ,.... angah tak berapa tidur malam, kejap-kejap dia tengok aku
tuamkan kaki aku dengan tuala suam

kerja-kerja memasak dan mengemas rumah pun ditransfer ke pada somi
waaaaaaahhhhh... aku lah permaisuri

4 comments: