Tuesday 20 November 2012

Salmon Steak with White Sauce



Amacam???...nampak macam omputeh tak?

Mula-mula memang rasa begitu western tapi bila terpandang warna kulit, terus membisu tak terkata

Orang rabun dekat pun boleh bezakan

Somi kata nak makan salmon dan isterinya yang mempunyai berat badan semasa sebanyak 64kg ni pun tak sanggup nak membantah
Syurgaku di tapak kakinya
:)



resepi aku review banyak blog. cara pun sikit lebih kurang, aku guna je apa yang ada kat dalam gobok burukku itu

kena tau konsep, lepas tu pandai-pandai la tukar sana sini

yang penting ikan tu rasanya
adalah tak sesuai buat salmon steak tapi guna ikan kembung ataupun ikan talapia itam


ok, jom tengok macamana aku buat


2 potong ikan salmon
serbuk lada hitam
olive oil
thyme, parsley, rosemary, oregano - tumbuk. klu ada serbuk lagi bagus
garam

perap semua bahan ni. lagi lama lagi la walla rasa dia
herbs tu jangan la banyak tahap melampau
anggaran hujung sudu je aku letak

masa perap tu, sila le letak dalam peties. jangan le korang perap n letak kat dapur je
kang ilang bau herbs, timbul plak bau melantong

jangan disia-siakan ikan salmon tu,,,, mahal tau
ala, kalau murah pun takkan nak membazir gitu aje. beli pun dengan rm dan rm tu bukannya datang tetiba dari celah pokok bunga


ok,  kita buat sos putih pulak

2 sudu besar butter
200ml susu segar. abaikan susu sendiri yek
1 sudu besar tepung
1 sudu besar jus lemon
1 biji bawang besar - potong dadu
garam
parsley n thyme

tumis bawang dengan butter sampai layu
masukkan tepung, jangan terkejut memang tepung akan hilang dari pandangan. Gaul
Masukkan pulak susu, garam, parsley dan thyme. Gaul lagi ye baby
Last sekali, jus lemon.

Kalau terpekat letak sikit air, kalau cair masukkan tepung
adjust la mana terkurang dan terlebih, kan kita pandai




juadah minum petang, sungguh la mat salleh

sepinggan untuk diri sendiri, sepinggan untuk somi
lagi 3 potong simpan untuk breakfast esok

untuk anak-anak aku buat roti bakar je
buah-buahan ada stoberi, anggur, epal hijau n oren
nampak meraih?... sebab baru sopping barang basah
tunggu la dua tiga hari lagi .. buah keras je yang ada




sedap ... terasa lemonnya 


ehhh .lupa plak dengan sayur mayo yang enterprem

aku rebus je kentang dan brokoli tu sampai lembut, ketepikan kejap
masuk sikit olive oil n butter,  masukkan kentang, capsicum dan brokoli
masukkan sikit garam, parsley dan serbuk lada hitam

masukkan sayur ni dalam pinggan, tambah lagi sikit olive oil untuk gorengkan ikan


ok, dah siap
gitu le serba sikit caranya
next time nak letak serbuk cili la sikit


2 comments: