Wednesday 29 May 2013

Update pasal Abah



Pada yang tak berapa tau, abah di kampung tu tak de la berapa sihat sangat. tapi susah jugak nak cakap, fizikal nampak ok dan tenang, tak de la terbaring. aktiviti dia macam biasa je. masih pergi pekan, masih menyapu kat luar rumah, masih menebas apa yang patut
  

cerita beliau ada di sini, lagi di sini, dan di sini lagi

semalam ada appointment kat hospital,... ambil result dan untuk bincang tindakan susulan

appointment pukul 2pm.
jarak hospital dengan rumah dalam 40 minit perjalanan naik kereta bertayar empat, kalau kereta sorong mungkin 2 hari.

tunggu punya tunggu sampai 3.30pm nama belum dipanggil. ok la tu, biasa la hospital kerajaan. no objection dan memberontak


bila dah jumpa doktor,,, korang tau apa jadik??????
report sudah hilang, report tak de

apa niiiiii??????
sungguh sukar untuk diterima akal pikiran

hello my dear,,,,
abah aku bukan sakit jari kena selumbar ok,
bukan sakit perut sebab salah makan 

dengan selamba jawapan itu dibagi 
dush sekali baru tau
dan ini bukan first time hokei

hari tu suruh datang tapi result tak keluar
kena datang lagi

abah aku bukan pandai bawak kereta
takkan dia nak datang naik beskal atapun motor
takkan nak turun naik bas

makanya kena la anak dok bawakkan
anak kena la cuti
kalau gini je kekdahnya selalu, boleh naik hangin jugak

dah le sebijik pun ubat korang tak bagi
kesian la dengan abah aku, sungguh aku tak mampu alasan ini

diorang kata akan try cari kat lab, apa-apa nanti diorang call kemudian.
hamboi..... kalau tak jumpa kat lab, apa ikhtiar korang???


sampai hati korang buat kat abah aku macam ni


6 comments:

  1. salam kenal..


    dua'a everything's gonna be ok.. INSYALLAH..

    ReplyDelete
  2. pernah mengalaminya juga.. result patut kat makmal tapi dia kata dah hantar kat kaunter depan. Orang kaunter depan kata takde. Aku dah risau. Takkan nak buat test lagi. Bila time jumpa doktor, doktor pun call kat makmal. Derang cari dan cari. Aku pun nunggu lagi. Orang kaunter depan pergi makmal balik. Tetiba eh ada pulak kat makmal tu. Ceh, bila doktor sound baru nak ada. Tapi itu small problem. Jasa derang lebih banyak pada aku. So oklah takde la angin sangat.

    ReplyDelete
  3. Anies .. kesilapan teknik la tuh . Tp too bad, bukan sekali dua kena

    ReplyDelete
  4. Harap2 lepas ni treatment kt hosp ipoh x de masalah. Sedih bila ingat abah aku yg dh berusia

    ReplyDelete