Tuesday 11 December 2012

Serious Nih



Hari ni topik serious, no gelak-gelak ok

Aku bagi masa 10 saat untuk korang berlari-lari untuk ambik tisu
Kalau tak de tisu, guna je ujung baju korang
Kalau pakai sleeveless, guna je kaki seluar
Kalau tak pakai apa-apa.... pengsannnnn
Bole kaku weh, sejuk tau


Back to the topic ni, memang touching tau. sila ambil perhatian dan iktibar.


Adik aku sekarang ni kerja kat satu rumah anak yatim/kebajikan ni (nama dirahsiakan atas sebab-sebab kemanusiaan). Mengajar anak-anak yang bermasalah dari segi surat beranak dan sebagainya. Tapi aku rasa pelik .... rumah tu under kerajaan, takkan tak boleh buat something. tapi tak pe, tu bukan point yang aku nak cerita.

Kalau tengok dari luaran, memang rumah tu nampak gah,, kiranya terbela la nasib anak-anak yang ada kat situ,... kawasan bersih, kemas. 

tapi sedih sungguh pada yang tau keadaan dalam tu. indah khabar daru rupa sungguh. nasib anak-anak kat situ tak de la sebaik mana. setiap 20-30 orang anak, ada sorang penjaga yang kena uruskan hal ehwal diorang, ...pakaian, pastikan kebersihan. maknanya, serba serbi pasal diorang la sebab anak-anak kat situ berumur dari lahir sampai la 12 tahun. kiranya penjaga ni macam ibu/bapak diorang la

masalahnya, adik aku kata kebanyakan mak-mak pak-pak ni punya la tak ikhlas dalam mencari rezeki. ramai yang kena debik dengan mak pak angkat diorang. bayangkan ...... umur 3 tahun dah kena campak dengan pak angkat diorang. pak angkat plak muda remaja lagi, baru  23 tahun. bole korang bayangkan???. tenaga orang umur 23 tahun dengan budak 3 tahun. apa budak tu tau?... menangis je la. bila menangis, lagi teruk la kena debik.

tu yang muda, ,,, yang tua kedana pun sama je kekdahnya. main tolak-tolak je kepala budak-budak kat situ. beratur lambat sikit dah kena cubit, sepak-sepak.

macam yang aku mentioned tadi, rumah ni under government jadi barang-barang dalaman agak la canggih. tiap-tiap bilik/asrama ada cctv tp diorang ni cerdik pulak. bila nak pukul budak-budak, mesti diorang pukul kat tempat cctv tak bole cover. tau plak takut yek


2 minggu lepas, ada sorang penolong pengarah muda ni baru masuk kerja. dia pun dok perati menda yang sama dengan adik aku rasa. dia kata, lagi hebat kalau waktu malam. sebab dia 2-3 kali la punch card pukul 5 tapi dok lepak dlm pejabat. saja nak spy apa yang budak2 tu buat waktu malam. rupanya bukan budak2 buat tapi kena buat dengan mak pak diorang.


aku paham memang la budak-budak nakal dan adik aku pun ngaku budak-budak kat situ memang hebat perangai diorang. tapi bila pikir-pikir balik, sapa yang sebabkan diorang jadi macam tu??... kalau dari kecik dah terdedah dengan environment/penjaga yang tak senonoh, maka tak senonoh jugak la diorang jadi.

kalau dari lahir dah kena maki hamun, apa bahasa lagi yang diorang nak guna dengan orang luar?...dah gitu ajarannya. ok2.. adik aku cakap, kalau setakat ba alip ba ya tu dah tak eran. memang tu je bahasa yang diorang guna. 


amboi amboi ... sedap mulut korang je nak panggil orang gitu yek?
meh sini aku panggil macam tu, sakit tak hati?

paling hebat,,, kebanyakan mak-mak angkat ni berstatus orang tua.
tak de akai?...
ooooo.. mungkin akai tu dah luput dimakan usia.


kalau aku kerja kat situ, rasanya semua orang aku hamukkan. tak agak-agak nak layan orang macam tu. kalau tak mengamuk, mungkin aku pengsan je. sebab menda-menda gini aku amat la sensitip.

apa la yang budak-budak tu tau. tak rugi korang didik elok-elok budak tu semua. bukannya muka korang bole berlubang atau mulut keluar ulat ke. tak ke korang rasa bangga kalau anak-anak yang korang jaga tu berjaya



tengok la nanti ... kalau keadaan menjadi-jadi, aku nak angkat phone. call talian nur



sungguh la aku kesian dengan diiorang. dah la tak de mak pak tempat mengadu, orang yang sepatutnya  pun macam unta


tak berkat rezeki yang korang dapat dari penyeksaan budak-budak tu tau. lebih baik duk ngadap tivi dari korang bangun pagi, kecoh-kecoh pegi kerja tapi rezeki tu atas airmata orang lain.


ya alllah, selamatkanlah anak-anak itu. amin


ada banyak lagi cerita,,,, aku dah sedih ni. bye


6 comments:

  1. Ramai yang bekerja kerana gaji, bukan kerana tanggungjawab! :(

    ReplyDelete
  2. pernah dengar gak citer kat umah kebajikan yang juga dirahsiakan namanya.. masa erang mandi, yang penjaga ni ambil getah cucur deme ramai2 macam orang sunat tu, bersih ke? dan selalu duk maki2 gak

    ReplyDelete
  3. kak cik : betul kata kak cik tu. ikhlas tolak ke tepi

    ReplyDelete
  4. cik f : mmg sedih. kesian diorang

    ReplyDelete
  5. ciki : ternyata kita ada cerita yg sama. bole le kita bergandingan ke balai polis

    ReplyDelete