Thursday 21 February 2013

Keluhan Hati Si Anak



Keluhan hati seorang yang bergelar anak

"Ibu, jom lah kita pindah rumah dulu, buruk tapi ramai kawan. Kat sini asyik-asyik tengok tv dengan main game je"


ohhhh... sedihnya ibu

memang betul pun cakap Angah tu, tak de aktiviti sihat langsung kat sini. tak macam kat rumah lama dulu, petang-petang ada je aktiviti riadah anak-anak dan mak-mak

hubungan dengan jiran-jiran pun amatlah hebat

walaupun rumah sekarang pun sama je kekdah buruknya tapi hati kurang happy

jiran sebelah tak habis-habis dengan hon motor, gaduh, baling-baling barang, cakap kuat ngalahkan ada amplifier dalam tekak


huhuhuh... apa la yang ibu nak buat, dah itu tempat permastautin kita. alamat IC Along pun kat rumah ni

What can i do??...

aiseh,,, mood mat salleh i dah datang

hari tu ada rumah nak lelong kat area rumah lama tu tapi terlambat sikit, dah ada yang sambar

kalau ikutkan hati, aku pun memang nak pindah
huhuhu




2 comments: