Tuesday 2 July 2013

Stok utk Ramadhan



Alhamdulillah ...
Ramadhan datang lagi minggu depan

Kena buat persiapan awal-awal memandangkan banyak mulut yang perlu diisi. Mulut sendiri tak de masalah sangat sebab aku lebih suka makan kuih muih waktu berbuka. Tak de nasi tak de masalah bagi aku

Kena pikirkan yang berempat tu. Apak eh of couse la carik nasi dulu, Along dan Iwan ngikut apak eh,,, ciri kampung. Angah memilih untuk ikut aku,... western. Western le sesangat kalau setakat makan kuih badak berendam & ketayap.

Kalau boleh, nak je aku drafkan menu untuk 30 hari puasa tu, senang tak payah penatkan otak.

kalau boleh ... tapi sebenarnya tak boleh dan malas



tapi yang penting stok ikan bilis dan ikan masin ada banyak kat rumah.

ikan bilis memang kena prepare awal-awal sebab aku jenis tak suka beli ikan bilis yang siap kopek tu. yang besar pun aku tak suka. aku suka yang bersaiz  remaja, manja je dia masuk dalam mulut

nampak je seplastik ikan bilis tu tapi ia adalah satu plastik besar hokei

naik leper vontot aku mengopek semalam. tu pun baru berjaya kopek 10 peratus je dari isi plastik. dah le hanya 10 peratus, 3 peratus dah masuk dalam mulut along dan angah

geram betul ... nak je aku libas dengan batang buluh. gembira je diorang makan sambil tengok cite thai "bang rajan". diiorang belum tengok rupa aku kalau tukar jadi bang trojan



seekor ikan kering kurau berharga rm23

makanan pembuka selera di kala tak sempat masak dan kena beli lauk siap di pasar ramadhan. paham-paham le la kalau lauk beli ni, tak memenuhi citarasa diri sendiri. kena ada something special untuk menaikkan napsu




ikan kurau jugak aku rasa nih, ada tiga peket dengan setiap peket baru berharga rm3.80

ikan hiris ni sedap, rangup je bila goreng dengan bawang besar dan cili merah


semua stok adalah dibeli di kuantan

2 comments:

  1. sahur sahur goreng ikan masin.wahhhh selera rasanya.hehehe

    ReplyDelete
  2. kak, huluq2 la nnt ye kalu tgk dapur sy x berasap time puasa nnt ;-)

    ReplyDelete